Pesawat Malaysia Airlines Hilang
Terdeteksi Pesawat Tak Dikenal di Pantai Barat
Saya tidak katakan bahawa ini adalah MH370. Kami sedang menyelidikinya
SURYA Online, KUALA LUMPUR-Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendeteksi sebuah pesawat yang tidak dikenaldi ruang udara utara Selat Melaka selepas penerbangan MH370 hilang.
Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud memberitahu, pesawat yang masih belum dikenal pasti itu mungkin pesawat Malaysia Airlines yang dijadualkan ke Beijing.
“Saya tidak katakan bahawa ini adalah MH370. Kami sedang menyelidikinya. Kami masih bekerjasama dengan pakar," katanya dalam jumpa pers hari ini.
Rodzali berkata pesawat tidak dikenali itu dideteksi jam 2.15 pagi Sabtu, selang kira-kira 45 menit selepas MH370 hilang dari layar radar.
Katanya, radar tentera mendeteksi pesawat tidak dikenali itu berada pada kedudukan kira-kira 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang.
Pesawat itu terbang pada ketinggian 29,500 kaki (hampir 9 kilometer) dari paras laut.
Pernyataan itu muncul hanya beberapa jam selepas beliau menafikan laporan akhbar bahawa radar tentera mengesan MH370 berpatah balik dan terbang ke arah Selat Melaka.(malaysiakini)