Pesawat Malaysia Airlines Hilang
Penduduk Dengar Dentuman Kuat di Marang
Kami mencari di sekitar Pantai Rhu Muda namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan
Penulis: Satwika Rumeksa | Editor: Satwika Rumeksa
SURYA Online, KUALA LUMPUR-Penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di Marang mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.
Berikutnya mereka telah membuat laporan ke kepolisan Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Salah seorang penduduk, Alias Salleh, 36, berkata pada pukul 1.20 pagi berkenaan ketika ia bersama tujuh lagi rekannya sedang bersantai duduk di bangku kira-kira 400 meter dari pantai Marang, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat seperti suara kapal terbang.
"Bunyi yang kuat dan menakutkan itu dipercayai datang dari timur laut Pulau Kapas sebelum kami bergegas ke arah tersebut untuk mendekati asal bunyi itu.
“Kami mencari di sekitar Pantai Rhu Muda namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan," kata Alias, seorang pemandu lori.
Ditanya mengapa ia membuat laporan selepas empat hari kejadian itu berlalu, bapak tiga anak melapor kepada pihak berkuasa bila pesawat masih tidak ditemui hari ini selepas empat hari berlalu.
Sementara itu, seorang lagi penduduk Mohd Yusri Mohd Yusof, 34, berkata bunyi yang kuat pada awalnya disangka fenomena Tsunami.
"Bunyi bising yang kedengaran seperti suara kapal terbang itu dapat saya dan rekan-rekan dengar selama dua minet dan bunyi itu berdesing.
"Saya mengambil keputusan ini (membuat laporan) selepas berasa curiga dengan bunyi itu dan ditambah lagi dengan laporan media berkaitan kasus kehilangan pesawat," katanya.(bernama)